Terkini

COVID 19

Lelaki gian Syabu diberkas polis Daerah Sibu



Seorang lelaki mengamuk menahan dan pukul semua kenderaan yang melalui lorong di jalan merlin sibu .
Lelaki khayal syabu tanpa pakaian diberkas polis

Seorang lelaki tanpa pakaian dan dipercayai khayal syabu ditahan polis kerana menggugat ketenteraman awam dan pengguna jalan raya di sini sekitar tengahari hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata satu pasukan polis diketuai ASP Sylvarius Gopog ke tempat kejadian dan mendapat seorang lelaki tanpa pakaian berada dalam pengaruh dadah dipercayai mengambil syabu.


"Suspek berusia 28 tahun dipercayai mengambil dadah dengan dos yang berlebihan berjaya ditangkap di halaman rumahnya di Jalan berlian pada jam 1.00 petang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu katanya, seorang pengadu melaporkan kereta miliknya telah ditendang di bahagian belakang ketika berada dalam kereta di Jalan Merlin sekitar 12.30 tengahari.

"Suspek dikatakan ada membawa sebilah pisau namun dan masuk ke rumah orang lain dan menjerit 'siapa mahu lawan' sambil menunjukkan pisau," jelasnya

Katanya lagi pengadu kemudian memeriksa keretanya dan mendapati terdapat kesan kemek akibat ditendang suspek dan kemudian menghubungi polis untuk bantuan dan tindakan lanjut.

Stanley berkata, hasil siasatan awal, mendapati suspek lelaki tersebut telah melarikan diri dan telah masuk ke Lorong Belian.

"Dia kemudiannya dilihat membasahkan dirinya dengan pancuran air di hos yang dipegangnya di halaman rumah sendiri di Jalan Berlian.

"Menyedari kedatangan polis, pisau yang dipegangnya dibuang ke dalam parit berdekatan dengan rumahnya," jelasnya lanjut.

Katanya, pihak polis termasuk Team IO, Bit dan juga peronda MPV telah bertindak menangkap suspek.

Stanley berkata, polis sedang mencari pisau di dalam parit namun masih belum dijumpai sehingga berita ditulis.

"Suspek kemudiannya dibawa ke Balai Polis Sentral Sibu dan perintah reman akan dipohon di mahkamah serta dirujuk kepada cawangan Narkotik untuk saringan air kencing," katanya lanjut

Katanya lagi, dua laporan diterima setakat ini berhubung kes tersebut.

"Kes disiasat dibawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Bahaya (AKBLSB) 1958/ 427 Kanun Keseksaan kerana membawa Senjata Berbahaya (Pisau) di Tempat Awam dan Khianat Ke Atas Kenderaan," tambahnya


Lelaki gian Syabu diberkas polis Daerah Sibu Reviewed by Admin on 10:12 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sarawakup2date © 2008 - 2019
Powered By Blogger, Designed by Beritaup2date

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.