Terkini

COVID 19

Bonnie Bunyau Gustin juara dunia para powerlifting di Kejohanan Dunia Para Powerlifting Kazakhstan



ANAK SARAWAK JUARA DUNIA PARA POWERLIFTING 2019
Bonnie juara dunia para powerlifting

ATLET para kebangsaan, Bonnie Bunyau Gustin membuktikan beliau berada di kelas tersendiri apabila meraih pingat emas Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Kazakhstan, malam tadi.

Pemegang rekod dunia remaja itu melakukan angkatan 190kg untuk muncul juara dalam acara bawah 65kg (below) lelaki pada kejohanan yang berlangsung di Astana Congress Center bermula hari ini hingga 20 Julai.

Atlet kelahiran Sarawak berusia 19 tahun itu memulakan aksi dengan melakukan angkatan seberat 170kg diikuti 180kg pada cubaan kedua dan berakhir dengan 190kg yang membawa kepada kemenangannya.

Lawannya dari Iraq, Ahmed Al-Karkhi hanya berjaya membuat satu angkatan seberat 140kg sahaja.

Tak cukup sekali, 2 kali jadi JUARA DUNIA! 🤩🥇

Kalau sebelum ini atlet angkat berat Para, Bonnie Bunyau kita tapau 190kg, kali ini dia up lagi ke 207kg untuk kategori Men's Up to 65kg! Memang legend. 🙌🏻

Angkatan terkini Bonnie (207 kg) juga berjaya menjadikan dia pemegang baru rekod remaja dunia.

Cukup luar biasa, kebanggaan negara! 🇲🇾 😁


#ParaPowerlifting #NurSultan2019 #KamiTeamMalaysia

Bonnie Bunyau Gustin juara dunia para powerlifting di Kejohanan Dunia Para Powerlifting Kazakhstan Reviewed by Admin on 9:21 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sarawakup2date © 2008 - 2019
Powered By Blogger, Designed by Beritaup2date

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.