Terkini

COVID 19

Anak kelahiran Sarawak Dewi Liana cipta sejarah di Ratu Cantik Dunia 2014




Dewi Liana cipta sejarah di Ratu Cantik Dunia 2014

Buat pertama kalinya Miss Malaysia yang diwakili oleh Dewi Liana Seriestha memenangi Pertandingan Bakat menerusi nyanyian pada pertandingan Ratu Cantik Dunia 2014.

Memetik laporan daripada Malaysian Insider, Miss Malaysia yang juga merupakan pelajar jurusan muzik ini telah menewaskan Miss Scotland dengan nyanyian klasik operanya.

Selain memenangi Pertandingan Bakat, Dewi yang mewakili Malaysia juga tersenarai dalam 25 yang teratas di antara 130 peserta.

Dewi Liana Seriestha anak kelahiran Kuching Sarawak berbangsa Bidayuh, merupakan seorang penyanyi, model dan pelakon yang bercita-cita untuk mejadi ikon kepada generasi muda.


Pelajar jurusan muzik vokal klasik dari ASWARA ini mampu menyanyikan lagu dalam pelbagai bahasa antaranya bahasa Spain, Jerman, Mandarin dan banyak lagi.

Bergelar Miss Malaysia pada usia 25 tahun, tidak menghalang misinya untuk menyertai pertandingan tersebut dengan tujuan untuk memperkenalkan budaya Malaysia ke negara luar.

Selain itu, Dewi juga pernah menyertai program pencarian bakat nyanyian, "Mentor" pada musim pertama di bawah didikan penyanyi Liza Hanim dan merupakan peserta yang termuda pada waktu itu.
video

Pada acara akhir pertandingan Ratu Cantik Dunia 2014 pada Ahad lalu yang berlangsung di London, Miss Afrika Selatan, Rolene Strauss dinobatkan sebagai pemegang takhta untuk tahun 2014.

Manakala naib juara pula telah dimenangi oleh Miss Hungary, Edina Kulcsar dan tempat ketiga dimenangi oleh Miss Amerika Syarikat, Elizabeth Safrit.


 [Sumber Foto: malaymailonline]
Anak kelahiran Sarawak Dewi Liana cipta sejarah di Ratu Cantik Dunia 2014 Reviewed by Admin on 11:27 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sarawakup2date © 2008 - 2019
Powered By Blogger, Designed by Beritaup2date

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.