Terkini

COVID 19

Ahli Parlimen Bandar Kucing positif COVID-19



Beliau dirujuk dan dikuarantin di Hospital Umum Sarawak (HUS)
Ahli Parlimen Bandar Kucing positif Covid-19

AHLI Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii disahkan positif Covid-19, disyaki berjangkit daripada Ahli Parlimen Sarikei Wong Ling Biu, tiga hari lalu.

“Saya masih tanpa gejala dan dalam keadaan stabil.

“Ujian di dalam wad juga menunjukkan bahawa saya tidak mempunyai demam dan semua tanda jangkitan, saya adalah normal,” katanya menerusi Facebook, hari ini.


Dr Kelvin berkata, beliau berjumpa dengan Ling Biu, 2 Mac lalu namun dalam sepanjang tempoh 14 hari, beliau tidak menunjukkan tanda-tanda gejala virus.

Namun mengejutkannya apabila keputusan ujian mengesahkannya positif manakala Pengerusi DAP Sarawak yang juga Ahli Parlimen Stampin Chong Chieng Jen negatif.

“Sejak saya mendapat berita pada hari ke-14, saya telah mengenakan kuarantin diri dengan serta-merta dan mendapat ujian pada hari ke-15,” katanya.

Menurut Dr Kelvin, Jabatan Kesihatan juga mengesan orang yang pernah berjumpa dengannya dan sumber jangkitan yang lain di samping Ling Biu.

“Jabatan Kesihatan telah memberi jaminan bahawa semua langkah berjaga-jaga yang perlu diambil termasuk untuk mengenal pasti mereka yang berdekatan dengan saya untuk ujian lanjut jika diperlukan,” katanya.

Namun demikian, beliau meminta orang ramai yang bersentuhan dengannya supaya tidak panik tetapi terus mengambil langkah berjaga-jaga yang perlu untuk mengelakkan penyebaran virus itu.

“Saya dimaklumkan telah tanpa gejala sejak dua minggu yang lalu, oleh itu risiko berjangkit dari saya jauh lebih rendah.

“Sekiranya ada sesiapa sama ada mereka yang bersentuhan dengan saya atau tidak, menunjukkan tanda-tanda penyakit, saya menasihati agar mendapatkan rawatan segera.

“Saya ingin memohon maaf atas semua kesulitan tetapi saya sangat percaya kami akan dapat melalui ini bersama,” katanya.

Ahli Parlimen Bandar Kucing positif COVID-19 Reviewed by Admin on 2:11 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sarawakup2date © 2008 - 2019
Powered By Blogger, Designed by Beritaup2date

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.