Terkini

COVID 19

Atlet renang berbakat Sarawak, Ayrton Lim Ditemui Mati di rumah keluarganya



Ayrton pernah mewakili Sarawak dalam kejohanan renang Sukan Malaysia yang lalu dan baharu pulang daripada menjalani latihan di Singapura.
Perenang berbakat Sarawak, Ayrton Lim ditemui mati di ruang tamu

Seorang atlet yang sebelum ini pernah mewakili Sarawak dalam Sukan Malaysia (SUKMA), ditemui mati di rumah keluarganya di Tabuan Laru, tengah hari tadi.

A yrton Lim, 19, ditemui ibunya dalam keadaan tidak sedarkan diri, sebelum disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Umum Sarawak.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani ketika dihubungi mengesahkan kejadian sambil memberitahu, siasatan awal tidak menemui sebarang unsur jenayah.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk prosedur bedah siasat.

Ibu mangsa memberitahu, Aryton mengalami kemurungan sejak tiga hari lalu.

Ayrton pernah mewakili Sarawak dalam kejohanan renang Sukan Malaysia yang lalu dan baharu pulang daripada menjalani latihan di Singapura.

Atlet Sarawak Ditemui Mati

Seorang perenang remaja Sarawak ditemui mati di ruang tamu rumahnya di Tabuan Laru, dekat sini pagi tadi.


Difahamkan Ibunya menemui mangsa, Ayrton Lim berusia 19 tahun, berada dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas ibunya pulang menjemput adik mangsa dari sekolah .

Anggota paramedik dari Hospital Umum Sarawak (HUS) bergegas ke lokasi kejadian dan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia.

Laporan polis berhubung kejadian juga talah dibuat oleh keluarga mangsa dan siasatan lanjut masih lagi dijalankan.

Atlet renang berbakat Sarawak, Ayrton Lim Ditemui Mati di rumah keluarganya Reviewed by Admin on 11:08 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sarawakup2date © 2008 - 2019
Powered By Blogger, Designed by Beritaup2date

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.