Pesawat Air Asia Singgah di Miri, Penumpang Hampir melahirkan Anak
Penerbangan sebuah pesawat domestik dari Kuala Lumpur ke Sandakan yang membawa 130 penumpang dan 6 anak kapal pada petang semalam, telah dialihkan ke Miri apabila seorang penumpang yang sarat mengandung menunjukkan tanda-tanda melahirkan anak.
MIRI: Sebuah pesawat domestik AirAsia yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sandakan pada Ahad dialihkan ke Miri selepas salah seorang penumpang sarat mengandung menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin.Pesawat AK5194 yang membawa 130 penumpang dan enam anak kapal itu mendarat di Lapangan Terbang Miri pada pukul 5.28 petang.
Pengurus Lapangan Terbang Miri, Zainal Abidin Harun ketika dihubungi berkata, sebaik sahaja mendarat, penumpang tersebut dihantar ke Hospital Miri.
"Pesakit selamat dihantar ke hopsital dan melahirkan bayi lelaki pada pukul 5.58 petang. Pesakit berasal dari Sandakan dan dalam perjalan pulang dari Kuala Lumpur," katanya.
Zainal Abidin menambah, penerbangan ke Sandakan kemudian diteruskan pada pukul 6.27 petang tanpa penumpang tersebut.
Pesawat Air Asia Singgah di Miri, Penumpang Hampir melahirkan Anak
Reviewed by Admin
on
5:41 AM
Rating:
No comments: