Ikut kemahuan pelajar, cikgu berbusana Iban ketika mengajar kelas ‘online’
Usaha para guru untuk mengajar anak-anak murid secara dalam talian ketika Perintah Kawalan Pergerakkan Bersyarat (PKPB) ketika ini sangat perlu dihargai.
Pelbagai inisiatif dilakukan mereka supaya anak didik memahami pembelajaran secara online memandangkan masing-masing berada di rumah dan tidak dapat bersua muka.
Usaha gigih cikgu
Menerusi perkongsian seorang guru Nancy Maria di laman Facebook, dia telah memakai pakaian tradisional masyarakat Iban ketika menyertai google meet bersama para pelajar.
Menurut guru dari Sarawak itu, topik pembelajaran pada hari tersebut berkenaan dengan pemakaian masyarakat Iban atau ‘Ngepan Iban’.
Jadi atas permintaan para pelajar, dia dengan hati terbuka menggayakan busana tradisional tersebut ketika mengadakan kelas online.
Cikgu tersenyum buat murid2 tersenyum sama
Guru tingkatan enam ini juga dilihat bersemangat mengajar anak didiknya walaupun berada di rumah dengan menyediakan penerangan dengan begitu teliti di hadapan komputer riba.
Para pelajarnya turut fokus dan sama-sama gembira menghadiri google meet subjek Bahasa Melayu itu sebagai persediaan menghadapi peperiksaan besar tidak lama lagi.
Terbaiklah Cikgu Nancy
Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet telah memberikan komen positif atas usahanya yang sangat kreatif dalam memastikan para pelajar bersemangat ketika menuntut ilmu.
Walaupun terpaksa belajar secara dalam talian, namun perjuangan mencari ilmu pengetahuan haruslah diteruskan demi masa depan masing-masing.
Buat para pelajar tertunggu2
Cikgu memang kreatif !
Sumber: Nancy Maria
No comments: