Terkini

COVID 19

COVID-19: 19 individu dikenakan kompaun RM1,000 langgar PKPP di Kuching



PANTAU... penguat kuasa kini aktif dalam mengesan mana-mana individu dan juga premis yang ingkar arahan SOP PKPP
INGKAR SOP KENA KOMPAUN RM1,000

Seorang penjaga premis termasuk 18 individu dikenakan kompaun RM1,000 akibat tidak mematuhi prosedur operasi standard Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP), semalam.

K etua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Gani berkata, kesemua individu itu dicekup hasil pemeriksaan pasukan khas di sebuah bistro berhampiran Lebuh Ewe Hai, kiosk aiskrim gula apong di stesen bas Jalan Gambier dan Tebingan Kuching.


Menurutnya, operasi pemantauan tersebut dilakukan seawal jam 10 pagi hingga 12 tengah malam di sekitar kawasan bandar raya Kuching.

Dedahnya, kesemua individu yang terdiri daripada tiga lelaki dan 15 wanita masing-masing berusia lingkungan 18 hingga 40 tahun.

"Hasil pemantauan pertama pihak polis telah mengeluarkan kompaun ke atas seorang penjaga premis dan enam pelanggannya atas kesalahan gagal menyediakan alat sukat suhu, buku catitan pelanggan dan cecair pensanitasi tangan serta gagal mematuhi penjarakan fizikal.

"Manakala seramai 11 individu turut dikompaun kerana berkumpul dan tidak mematuhi penjarakan fizikal hasil pemeriksaan pasukan di dua lokasi berasingan," jelasnya dalam satu kenyataan hari ini.

Tegasnya, denda kompaun itu perlu dijelaskan di Pejabat Kesihatan Daerah Kuching dalam tempoh 14 hari.

Beliau sekali lagi memberi peringatan kepada orang awam khususnya pengusaha dan pelanggan sesebuah premis agar sentiasa mengikuti dan patuh kepada SOP PKPP untuk mencegah penularan Covid-19 daripada terus berlaku.


Terdahulu, Ketua Polis Balai Sentral, ASP Ahmad Abang turut turun padang bersama anggota pasukan pemantau ketika operasi dijalankan di lokasi kejadian.

COVID-19: 19 individu dikenakan kompaun RM1,000 langgar PKPP di Kuching Reviewed by Admin on 8:18 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sarawakup2date © 2008 - 2019
Powered By Blogger, Designed by Beritaup2date

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.