Terkini

COVID 19

Sarawak catat 10 kes baru penularan tempatan tertinggi di Malaysia hari ini.



Harap orang Sarawak terus berjaga-jaga.
Ibarat Gelombang Kedua, 10 Kes Baru Dikesan Di Sarawak Hari Ini

J awatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak hari ini mengumumkan terdapat 10 kes positif baharu yang dikesan di Sarawak hari ini. Ini menjadikan jumlah kes sebanyak 594 kes setakat ini.
Kes dikesan di Kuching, Samarahan dan Bintulu.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 6 kes dilaporkan di bahagian Kuching, 2 kes di Samarahan dan 2 kes di Bintulu. Sebanyak 2 kes melibatkan bukan warganegara, 4 kes import warganegara, serta 4 kes tempatan warganegara.


Kes import yang melibatkan warganegara adalah daripada individu yang pulang dari luar negara dan kini sedang menjalani kuarantin selama 14 hari.

Kebanyakannya penularan tempatan, tidak bergejala

Kebanyakan kes baharu yang dikesan setakat ini ialah kes yang tidak mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara atau dikategorikan sebagai penularan tempatan. Bukan itu sahaja, kes positif juga kebanyakannya tidak menunjukkan sebarang gejala atau simptom.

Sebanyak 2 kluster baru juga telah dikesan setakat ini iaitu Kluster Kapal LNG Jupiter dan Kluster Pusat Perubatan Swasta Kuching.


“Anggap sebagai gelombang kedua” – Uggah


Jumlah tersebut menjadikan negeri ini kembali mencatatkan kes positif dua angka. Pengerusi JPBNS, Datuk Amar Douglas Uggah Embas turut menganggap bahawa ini merupakan permulaan gelombang kedua pandemik di Sarawak.

Sehubungan itu, pihak JPBNS telah memberi arahan kepada Jabatan Kesihatan Negeri untuk bersedia dengan kemungkinan kes yang memuncak. Keperluan keselamatan petugas kesihatan seperti PPE juga akan disemak semula bagi mengelakkan kekurangan peralatan semasa musim kemuncak pandemik.

Tiada kes pulih baharu, pertambahan 23 PUI hari ini


Hari ini juga menyaksikan tiada kes pulih dan discaj baharu dengan 22 pesakit masih berada di wad isolasi.

Selain itu, terdapat pertambahan bilangan PUI iaitu 23 individu. 2 lagi individu sedang menunggu keputusan ujian makmal.


Sentiasa jaga kesihatan dan keselamatan anda. Patuhi SOP, elakkan berada di tempat yang sesak, sentiasa memakai pelitup muka, jaga kebersihan dan penjarakan sosial.

Sarawak catat 10 kes baru penularan tempatan tertinggi di Malaysia hari ini. Reviewed by Admin on 9:49 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sarawakup2date © 2008 - 2019
Powered By Blogger, Designed by Beritaup2date

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.