MAS, Air Asia dan Malindo membatalkan semua penerbangan mereka ke Sarawak
ADALAH difahamkan berkuatkuasa dari 15 April hingga 30 April ini, tiga syarikat penerbangan yang menjadi nadi perhubungan Semenanjung dan Sarawak melalui udara iaitu MAS, Air Asia dan Malindo telah membatalkan semua penerbangan mereka ke Sarawak.
Berdasarkan kepada sidang media yang dibuat oleh Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sarawak jam 4.30 petang tadi ada memaklumkan bahawa Sarawak tidak bersetuju dengan keputusan ketiga-tiga syarikat penerbangan tersebut. Menurut JPBNS, penerbangan dari Semenanjung ke Sarawak dan sebaliknya adalah perlu untuk memenuhi keperluan perjalanan yang penting.Isu ini sudahpun diketengahkan kepada Kementerian Pengangkutan Sarawak bagi mereka berbincang dengan Kementerian Pengangkutan Malaysia.
Sumber: Sidang Media JPBNS jam 4.30 petang 13 April 2020
MAS, Air Asia dan Malindo membatalkan semua penerbangan mereka ke Sarawak
Reviewed by Admin
on
12:18 PM
Rating:
No comments: