Terkini

COVID 19

Foto Perkahwinan Pengarah Hollywood James Wan & Ingrid Bisu



Gambar perkahwinan pengarah filem Hollywood terkenal kelahiran Kuching, Sarawak iaitu James Wan bersama pelakon filem The Nun, gadis kacukan Jerman dan Romania iaitu Ingrid Bisu. Tahniah! 🤵👰♥️
Aktres Jerman pilihan Pengarah Hollywood James Wan

Sutradara itu mengambil keputusan untuk mengikat tali perkahwinan dengan pilihan hatinya setelah lebih 10 bulan bertunang. - Foto Instagram @creepypuppet.

Pada Ahad lalu, penulis skrip dan pengarah filem kelahiran Sarawak James Wan mengumumkan perkahwinannya bersama aktres Jerman, Ingrid Bisu.

Berita gembira itu diumumkan melalui postingan di sosial media kedua-dua pasangan tersebut di Instagram dan Facebook.

Gambar yang dimuat naik dalam laman Instagram James Wan dengan nama pengguna @creepypuppet disertai kapsyen “One ring (I mean two) to rule them all” itu seterusnya dibanjiri ucapan tahniah.

Ini termasuklah daripada beberapa selebriti ternama antaranya Henry Golding dan Randall Park.

Sutradara itu mengambil keputusan untuk mengikat tali perkahwinan dengan pilihan hatinya setelah lebih 10 bulan bertunang.

Antara filem terkenal arahan pengarah kelahiran Bumi Kenyalang itu adalah Saw, Insidious, The Conjuring, Fast and Furious dan filem pecah panggung, Aquaman.
Isterinya pula terkenal dengan watak Sister Oana dalam filem bergenre seram, ‘The Nun’.

Filem Aquaman arahan James pada tahun lalu berjaya mencatat kutipan pecah panggung sebanyak 1.148 billion USD.


Foto Perkahwinan Pengarah Hollywood James Wan & Ingrid Bisu Reviewed by Admin on 5:58 AM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sarawakup2date © 2008 - 2019
Powered By Blogger, Designed by Beritaup2date

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.