Terkini

COVID 19

Antara Mangsa nafsu serakah pembalak



Mangsa nafsu serakah pembalak

Transparency International-Malaysia (TI-M) menggesa pihak bertanggungjawab supaya membelas nasib golongan kanak-kanak dan wanita kaum Penan yang didakwa menjadi mangsa nafsu serakah pekerja industri pembalakan sejak bertahun-tahun.

S eruan itu disuarakan organisasi bukan kerajaan antirasuah, setelah Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem berjanji untuk menamatkan amalan rasuah yang membabitkan taikun balak di sana.

Melalui satu kenyataan, presidennya, Datuk Akhbar Satar berkata, walaupun tindakan tegas ketua menteri itu terhadap syarikat pembalakan dipuji, namun beliau harus juga memandang isu penderaan seksual yang dihadapi kaum Penan.


“Perlu ada resolusi ke atas penderaan seksual yang telah berlaku bertahun-tahun lalu dan pernah singgah di fikiran ramai.

Kira-kira 16,000 kaum Penan, di mana 200 orang masih lagi menjalani cara kehidupan nomad,” ujar beliau dalam satu kenyataan. Tambahnya lagi, masyarakat tersebut pernah mendapat perhatian apabila mereka menentang operasi pembalakan di kawasan kediaman mereka yang meliputi Baram, Limbang, Lawas dan Tutoh di Sarawak.

Jelas Akhbar, perjuangan kaum Penan telah bermula semenjak 1960-an lagi apabila kawasan-kawasan di pedalaman Sarawak diteroka untuk tujuan pembalakan komersil.

Pada tahun 2000, wakil penduduk Penan pernah membuat aduan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berkenaan isu rogol yang melibatkan kaum Penan.

Kes tersebut berlanjutan sehingga kini walaupun laporan direkodkan tentang salah laku pekerja pembalakan terhadap kaum tersebut, lapor Mynewshub.
Antara Mangsa nafsu serakah pembalak Reviewed by Admin on 9:23 PM Rating: 5

No comments:

All Rights Reserved by Sarawakup2date © 2008 - 2019
Powered By Blogger, Designed by Beritaup2date

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.